Pembukaan Kinabalu Photo Festival KPF2018 berlangsung dengan baik, para peserta bengkel photography hadir dari pelbagai daerah di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Peserta yang berjumlah 50 orang mulai mendaftarkan diri seawal pukul 8 pagi di Bangunan Wisma Bandaraya tingkat 13.
Idremzizan Idris presiden kelab JPC penganjur KPF mengulas mengenai tema KPF2018 “Sabah Untuk Dunia” bahwasanya kita di Sabah memiliki daya tarik unik iaitu Gunung Kinabalu dan pelbagai budaya yang dapat menarik ramai pelancong antarabangsa.
BENGKEL PHOTOGRAPHY
Semua mentor yang dijemput berkongsi materi mengikut subjek, mereka adalah Agah Permadi untuk bengkel penyuntingan digital dalam photography, Ahmad Deny Salman untuk bengkel Photo Story, Shamshahrin Shamsudin untuk bengkel fotografi dan fotojurnalis mudah alih. Pada hari keempat iaitu 7 Disember bengkel fotojurnalis akan dikendalikan oleh Ahim Rani.
DISKUSI FOTOGRAFI
Diskusi fotografi merupakan agenda penting dalam KPF yang mana peserta KPF yang datang dari pelbagai daerah di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalaam dan Indonesia. Kami semua akan diskusi dan berkongsi pengalaman yang pastinya akan menjadi sumber ilmu dalam bidang forografi.
Photoscreening
Pameran fotografi melibatkan beberapa sekolah rendah di Kota Kinabalu kategori photo story , kolej cosmopoint Sabah, kolej MSU Sabah, Azman Jumat JPN Sabah, dan beberapa rakan antarabangsa yang berasal dari Korea, Jepun dan USA.