Program hari kedua bengkel suntingan gambar Agah Permadi adalah aktiviti luar yang menaiki kereta api dari stesen Tanjung Aru hingga ke Beaufort. Peserta perlu merakam saat keunikan sepanjang perjalanan tersebut untuk disunting pada hari seterusnya. Selain itu, peserta juga dapat pengalaman yang menarik dalam konteks pengembaraan fotografi di mana perjalanan kereta api dari Tajung Aru hingga ke Beaufort adalah yang pertama kali bagi mereka.

Para peserta tidak mensia-siakan peluang sementara menunggu masa keberangkatan kereta api dari Beaufort ke Tanjung Aru. Mereka berpecah dan meneruskan sesi penggambaran di sekitar pekan Beaufort yang tidak jauh dari stesen. Tepat jam 11 pagi, para peserta pulang menaiki kereta api yang sama.

Abdul Rozak

KPF volunteer. Full profile available on www.rozak.net