24HOURPROJECT UNTUK KINABALU PHOTO FESTIVAL

24hourproject banner

24HOURPROJECT UNTUK KPF2016 -. Secara rasminya pihak 24hourproject telah mengambil bahagian dalam Kinabalu Photo Festival (KPF 2016) yang akan berlangsung pada 22 – 26 November 2016. Melalui laman social fb/instagram/twitter pihak 24hourproject akan menghantar 100 keping foto pilihan yang telah dikumpulkan semasa even 24hourproject berlangsung. Sebelumnya pihak 24hourproject telah berjaya membuat pameran project terbabit di Mexico dan Itali dan sekarang mereka memilih Kinabalu Photo Festival untuk bersama dalam berkongsi cerita yang mereka ada untuk kita di Borneo.

SIAPAKAH 24HOURPROJECT

24hourproject merupakan platform dibina oleh Renzo Grande yang telah mengumpulkan photographer dari serata dunia untuk mengambil bahagian dalam mengumpukan foto yang dirakam selama 24 jam. 24hourproject yang lepas (24hour16) memberikan tumpuan dan sokongan kepada @she_has_hope sebuah NGO yang memberikan bantuan kepada mangsa pemerdagangan manusia.


Abdul Rozak

KPF volunteer. Full profile available on www.rozak.net