KINABALU PHOTO FESTIVAL yang dulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu Photo Week adalah satu platform untuk para peminat dokumentari foto, fotografi jalanan dan photojurnalism yang ada di Sabah khasnya dan Borneo umumnya untuk berkumpul dan berkongsi dalam beberapa diskusi.KPF pertama kali dianjurkan pada 19 sehingga 24 November 2014 oleh Jebat Photography Club dengan kerjasama Kementerian Pelancongan & Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat dan beberapa badan NGO lain. Konsep Pendidikan dalam fotografi adalah menjadi identiti JPC dalam penganjuran KPF ini.

Datuk masidi manjud menteri pelancongan sabah

Kunjungan hormat JPC kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,Datuk Masidi Manjun memberikan sambutan yang baik berkaitan dengan perancangan Kinabalu Photo Festival (KPF) 2016.

KPF2016 ini akan membawakan mentor seperti Shamsahrin Shamsudin, Erik Prasetya, Agah Permadi, Ahmad Deny’  Salman dan Romi Perbawa. Adalah satu peluang bagi peminat fotografi di Sabah dan Borneo untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan berkaitan dengan photojurnalism, foto jalanan dan dokumentari foto dalam forum atau diskusi fotografi yang akan diadakan ketika kpf berlangsung.