TERMA DAN SYARAT :
- Pertandingan terbuka kepada warganegara Malaysia 16 tahun keatas.
- Tema pertandingan adalah foto yang berlatarbelakang GUNUNG KINABALU.
- Semua foto penyertaan mestilah asli, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi perubahan elemen yang berlebihan.
- Setiap peserta boleh menghantar foto tanpa had yang diambil menggunakan DSLR atau menggunakan kamera mirorless.Foto penyertaan dihantar pada instagram dengan menggunakan hastag #kpfcontest2016 .
- Foto yang terpilih akan dimaklumkan oleh penganjur untuk dicetak pada saiz 10R.
- Tarikh tutup pertandingan 15 November 2016.
- Penganjur TIDAK berhak menerbitkan/menyimpan/mencetak mana-mana foto penyertaan tanpa makluman dan kebenaran bertulis daripada peserta atau tanpa perbincangan terlebih dahulu mengenai sebarang bayaran untuk penggunaan foto yang terlibat.
- 15 keping foto terbaik akan dipamerkan sepanjang Kinabalu Photo Festival 2016 berlangsung.
- Penyertaan adalah PERCUMA.
- Juri-juri professional akan mengadili pertandingan ini untuk memilih 3 foto terbaik diantara 15 keping foto yang dipamerkan sepanjang Kinabalu Photo Festival 2016 berlangsung.
- Kegagalan mematuhi syarat dan peraturan akan mengakibatkan penyertaan dibatalkan dengan serta-merta.
HADIAH PEMENANG :
- Tempat pertama hadiah bernilai RM1000 + sijil.
- Tempat kedua hadiah bernilai RM900 + sijil.
- Tempat ketiga hadiah bernilai RM800 + sijil.
PERTANYAAN :
Sila hubungi Puan Haslina (haslinaeenang@gmail.com) atau Puan Maznah (maznahsofri17@gmail.com) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti ini.