Kinabalu Photo Festival contest

TERMA DAN SYARAT :

  1. Pertandingan terbuka kepada warganegara Malaysia 16 tahun keatas.
  2. Tema pertandingan adalah foto yang berlatarbelakang GUNUNG KINABALU.
  3. Semua foto penyertaan mestilah asli, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi perubahan elemen yang berlebihan.
  4. Setiap peserta boleh menghantar foto tanpa had yang diambil menggunakan DSLR atau menggunakan kamera mirorless.Foto penyertaan dihantar pada instagram dengan menggunakan hastag #kpfcontest2016 .
  5. Foto yang terpilih akan dimaklumkan oleh penganjur untuk dicetak pada saiz 10R.
  6. Tarikh tutup pertandingan 15 November 2016.
  7. Penganjur TIDAK berhak menerbitkan/menyimpan/mencetak mana-mana foto penyertaan tanpa makluman dan kebenaran bertulis daripada peserta atau tanpa perbincangan terlebih dahulu mengenai sebarang bayaran untuk penggunaan foto yang terlibat.
  8. 15 keping foto terbaik akan dipamerkan sepanjang Kinabalu Photo Festival 2016 berlangsung.
  9. Penyertaan adalah PERCUMA.
  10. Juri-juri professional akan mengadili pertandingan ini untuk memilih 3 foto terbaik diantara 15 keping foto yang dipamerkan sepanjang Kinabalu Photo Festival 2016 berlangsung.
  11. Kegagalan mematuhi syarat dan peraturan akan mengakibatkan penyertaan dibatalkan dengan serta-merta.

HADIAH PEMENANG :

  1. Tempat pertama hadiah bernilai RM1000 + sijil.
  2. Tempat kedua hadiah bernilai RM900 + sijil.
  3. Tempat ketiga hadiah bernilai RM800 + sijil.

PERTANYAAN :

Sila hubungi Puan Haslina (haslinaeenang@gmail.com) atau Puan Maznah (maznahsofri17@gmail.com) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti ini.